Thursday, February 12, 2009

KELAB PERMATA NEGERI SELANGOR

Bagi menjayakan Program Jejak Usahawan (JUSA) 2009, pihak urusetia amat berbesar hati kerana telah mendapat perhatian dan kerjasama daripada Kelab PERMATA Negeri Selangor. Kelab PERMATA ditubuhkan sejak Januari 2001, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penuntut-penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar sekolah menengah untuk menjadikan bidang perniagaan sebagai satu kerjaya. Ahli kelab didedahkan kepada pelbagai kursus dan seminar bagi mengasah minat mahasiswa dalam bidang keusahawanan dan seterus menjadikannya sebagai kerjaya selepas tamat pengajian. Setakat ini Ahli Kelab telah mencapai seramai 1,200 orang. Sehingga kini, PKNS telah membelanjakan sebanyak RM1.5 juta bagi program pembangunan usahawan. Usaha-usaha ini akan diteruskan dan dipertingkatkan lagi bagi memastikan lebih ramai golongan bumiputera terlibat dalam bidang keusahawanan dan seterusnya meningkatkan lagi taraf ekonomi bumiputera itu sendiri.

Kelab PERMATA ini ditubuhkan atas matlamat bagi melahirkan generasi warisan yang berilmu, beriman, berfikiran cergas, tubuh badan yang sihat, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya juang yang mampu bersaing untuk menjalani kehidupan yang amat mencabar dalam menuju wawasan negara menjelang tahun 2020.

Diharap pada masa akan datang akan bertambahlah kelab atau persatuan yang mengkhususkan bidang keusahawanan kepada semua golongan masyarakat khususnya kepada bakal-bakal pemimpin masa hadapan. Usaha sama yang telah ditonjolkan oleh Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) UKM dengan Kelab PERMATA ini boleh dijadikan contoh yang terbaik kepada bakal usahawan di luar sana.

No comments:

Post a Comment