Friday, March 13, 2009

Lawatan Kelab PERMATA - UPSM

Pada Ahad, 15 Mac 2009 akan belangsungnya satu lawatan keusahawanan yang dianjurkan oleh Kelab Usahawan Negeri Selangor (PERMATA) khusus untuk semua ahli Kelab PERMATA Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Lawatan ini akan diadakan di Banting bertempat di Warisan Usaha serta Jaez Industry. Lawatan ini merupakan kesinambungan usaha dan semangat yang ditonjolkan oleh ahli Kelab PERMATA sendiri selepas berlangsungnya program yang julung kali diadakan iaitu Jejak Usahawan 2009. Nantikan kemunculan kami di Warisan Usaha dan Jaez Industry...(x sabar rasanya..huhu)

Thursday, March 12, 2009

JEJAK USAHAWAN I

Jejak Usahawan 2009 sudah berlalu



Sepanjang 2 - 6 Mac 2009 bertempat di Bangunan Pusanika, UKM telah diadakan satu program Jejak Usahawan 2009 yang telah dianjurkan oleh Urusetia Pembangunan Sumber manusia (UPSM). Program ini telah mendapat perhatian daripada banyak pihak yang bermatlamatkan pembangunan usahawan pada masa kini. Antara Pempamer dan penggerai yang menyertai program ini adalah Kementerian Pertanian dan Asas Tani, Avon, Seri Lavender, Perubatan lintah dan pelbagai lagi.


Banyak subprogram yang telah dijalankan antaranya adalah Seminar Motivasi Usahawan, Bengkel Pembangunan Usahawan ICT dan Pertanian serta Explorace Usahawan. Beribu ucapan tahniah dan terima kasih ditujukan kepada Kelab Usahawan Negeri Selangor (PERMATA) kerana tanpa bantuan dan semangat serta sokongan padu daripada pihak PERMATA, program ini tidak akan berjaya dengan jayanya.

Wednesday, March 4, 2009

Thursday, February 12, 2009

KELAB PERMATA NEGERI SELANGOR

Bagi menjayakan Program Jejak Usahawan (JUSA) 2009, pihak urusetia amat berbesar hati kerana telah mendapat perhatian dan kerjasama daripada Kelab PERMATA Negeri Selangor. Kelab PERMATA ditubuhkan sejak Januari 2001, bertujuan untuk memberi pendedahan kepada penuntut-penuntut institut pengajian tinggi awam dan swasta serta pelajar sekolah menengah untuk menjadikan bidang perniagaan sebagai satu kerjaya. Ahli kelab didedahkan kepada pelbagai kursus dan seminar bagi mengasah minat mahasiswa dalam bidang keusahawanan dan seterus menjadikannya sebagai kerjaya selepas tamat pengajian. Setakat ini Ahli Kelab telah mencapai seramai 1,200 orang. Sehingga kini, PKNS telah membelanjakan sebanyak RM1.5 juta bagi program pembangunan usahawan. Usaha-usaha ini akan diteruskan dan dipertingkatkan lagi bagi memastikan lebih ramai golongan bumiputera terlibat dalam bidang keusahawanan dan seterusnya meningkatkan lagi taraf ekonomi bumiputera itu sendiri.

Kelab PERMATA ini ditubuhkan atas matlamat bagi melahirkan generasi warisan yang berilmu, beriman, berfikiran cergas, tubuh badan yang sihat, berdaya tahan, berdaya maju dan berdaya juang yang mampu bersaing untuk menjalani kehidupan yang amat mencabar dalam menuju wawasan negara menjelang tahun 2020.

Diharap pada masa akan datang akan bertambahlah kelab atau persatuan yang mengkhususkan bidang keusahawanan kepada semua golongan masyarakat khususnya kepada bakal-bakal pemimpin masa hadapan. Usaha sama yang telah ditonjolkan oleh Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) UKM dengan Kelab PERMATA ini boleh dijadikan contoh yang terbaik kepada bakal usahawan di luar sana.

Monday, February 9, 2009

sErTai kaMi...

Ekoran daripada Program Jejak Usahawan 2009 (JUSA) yang akan berlangsung tidak lama lagi di perkarangan PUSANIKA, UKM...kami selaku Urusetia program amat mengalu-alukan kedatangan semua bakal usahawan dan usahawan-usahawan yang makin bergiat aktif dalam bidang ini untuk sama-sama menyertai minggu yang bermakna ini...sepanjang minggu JUSA ini, kami akan membuka banyak booth antaranya yang berunsurkan makanan, pakaian, keperluan kendiri, pertanian, teknologi serta barangan ICT, dan sebagainya. Selain itu kami juga amat mengalu-alukan kedatangan para penggerak ekonomi masa kini untuk bersama-sama menjayakan pameran yang juga berbentuk kepada keusahawanan.
Antara booth yang akan dibuka:-





sebarang masalah dan perkembangan boleh dirujuk kepada:

Saudara Mohd Othman bin Buhiran - 0173271726
Saudara Mohd Azlan bin Jaafar - 0123787996

bersama kita memartabatkan usahawan di mata dunia

Friday, February 6, 2009

Jejak Usahawan 2009

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) UKM akan mengadakan satu program berbentuk keusahawanan yang lebih dikenali sebagai JEJAK USAHAWAN 2009...Program ini akan dijalankan pada 2 Mac 2009 hingga 6 Mac 2009 di Pusanika UKM...Ia terbuka kepada semua mahasiswa dan mahasiswi IPTA/IPTS khususnya kepada warga UKM sendiri...Program ini bermatlamatkan kepada membudayakan keusahawanan di kalangan mahasiswa, pelajar dan masyarakat setempat, memperkasakan agenda pembangunan modal insan serta meningkatkan kemahiran dan kreativiti peserta keusahawanan...Program ini juga telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Kelab PERMATA negeri Selangor...Antara subprogram yang telah dijadualkan adalah pameran dan jualan yang berkait rapat dengan keusahawanan, bengkel keusahawanan, seminar keusahawanan serta explorace keusahawanan...Diharap semua mahasiswa dan mahasiswi serta masyarakat luar dapat menghadirkan diri anda pada hari berkenaan bagi melaksanakan misi membudayakan keusahawanan pada masa kini dan akan datang...Sebarang masalah boleh dirujuk kepada...

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia
Paras 1, Bangunan Pusanika
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi
Selangor Darul Ehsan
(u/p : Mohd Shah Rizal bin Othman )

Tel : 012-2481569
Faks : 03-8921 4534
E-mel : upsm_ukm@yahoo.com
Laman Web : www.upsm.org