Thursday, January 22, 2009

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM)

Urusetia Pembangunan Sumber Manusia (UPSM) merupakan sebuah urusetia yang ditubuhkan atas kesedaran untuk mengatasi kekurangan tenaga dalam membantu pihak Jabatan Hal-ehwal Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia. UPSM juga merupakan salah satu urusetia daripada 13 urusetia yang bernaung di bawah Rakan HEP, Universiti Kebangsaan Malaysia.

UPSM sangat aktif dalam penganjuran aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan, keusahawanan dan rekreasi luar. Antara aktiviti yang berjaya dianjurkan adalah Motivasi Pembelajaran Sekolah Menengah, Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) yang telah dijalankan di beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia, Minggu ICT dan Keterampilan Diri yang telah dilaksanakan sebanyak empat kali, Program Rakan Masyarakat UKM 2005 “Delegasi Muhibbah Ke Negeri Bawah Bayu” , “Delegasi Muhibbah Ke Negeri Bumi Kenyalang 2006”, Program Jelajah Motivasi Tunas Hadhari 2006 dan juga Program Motivasi Sekolah-sekolah Menengah Melaka 2007.

Rentetan kejayaan tersebut, UPSM akan menganjurkan satu lagi Program Jejak Usahawan 2009 dalam mempersiapkan pelapis UPSM yang fleksibel dan berdaya saing serta mempunyai daya keintelektualan yang tinggi. Program ini direncanakan untuk mendedahkan kepada mahasiswa tentang keusahawanan dan mencari bakat-bakat usahawan muda.